Malaysia

Suspek hina islam berada di luar negara – KPN

Pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Vijayan Savarinathan’ yang disyaki menghina Islam dalam video tular dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Siasatan bermula selepas laporan dibuat di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang.

Video berkenaan memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Islam, dipercayai sebagai reaksi terhadap kontroversi penyampai radio yang didakwa menghina agama Hindu.

Video itu telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker