Malaysia
Larangan pergerakan kenderaan barangan selama 4 hari pada Aidilfitri

Kementerian Pengangkutan akan menguatkuasakan larangan pergerakan kenderaan barangan selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April bagi mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan pemilik dan pemandu kenderaan barangan yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun RM300, denda sehingga RM2,000, atau penjara maksimum enam bulan jika disabitkan kesalahan.
Selain itu, JPJ akan melaksanakan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 dari 24 Mac hingga 8 April bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.