Malaysia

Berhenti jadi ‘badut’ yang suka berdrama – Sultan Pahang

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menegur pihak yang sengaja mencetuskan perpecahan dengan mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R).

Baginda menegaskan agar semua pihak berhenti menjadi ‘badut’ yang hanya mencipta drama dan ketegangan dalam masyarakat.

Baginda turut mengingatkan pemimpin, khususnya ahli politik, agar memainkan peranan sebagai pendamai dan penyatu rakyat, bukan pencetus perbalahan yang hanya membakar hubungan harmoni yang telah lama terbina.

Sejarah membuktikan bahawa perbalahan kaum dan agama boleh membawa malapetaka jika tidak dikendalikan dengan bijaksana.

Baginda juga menyeru rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen yang membakar emosi dan sebaliknya terus menjaga sensitiviti antara agama serta memelihara perpaduan.

Sebagai negeri berdaulat, Pahang akan terus menjunjung Islam sebagai tiang seri yang memastikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.

Baginda menutup titah dengan menyeru seluruh rakyat untuk menjadi benteng keamanan dan mengangkat panji perpaduan, bukan menjadi penghasut yang menghancurkan keharmonian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker