Malaysia

894 laporan polis dibuat terhadap Zamri Vinoth

Sejumlah 894 laporan polis telah dibuat terhadap penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu setakat hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis itu diterima selepas Zamri didakwa menghina agama Hindu di Facebook baru-baru ini.

Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dan pihaknya sedang menunggu arahan lanjut.

Zamri didakwa memuat naik hantaran yang memperlekehkan upacara kavadi semasa Thaipusam, yang kemudiannya telah dipadam oleh Facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker