Malaysia
Dua penguat kuasa SPRM direman kerana terima rasuah RM1,500

Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah direman lima hari atas dakwaan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,500 daripada seorang individu.
Ia sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana memiliki dadah.
Kedua-dua suspek ditahan pada petang Sabtu ketika hadir di pejabat SPRM Kedah di Alor Setar untuk memberikan keterangan.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Norhidayah Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar.
Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail, mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima rasuah.