Malaysia

Malaysia bukan lagi pilihan Indonesia cari peluang pekerjaan

Malaysia dilihat tidak lagi menjadi destinasi utama bagi warga Indonesia untuk datang mencari peluang pekerjaan.

Menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, peraturan imigresen yang semakin ketat dengan operasi penguatkuasaan serta penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sering dibuat secara meluas menjadi antara faktor.

Katanya, trend itu dilihat sudahpun berlaki sejak tiga tahun kebelakangan hingga hampir tiada langsung yang kembali ke Malaysia selepas pulang ke Indonesia untuk tempoh yang panjang.

Negara yang berpopulasi lebih 281.3 juta itu didapati lebih tertarik untuk mengisi peluang pekerjaan dalam sektor kolar biru, iaitu bidang pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi seperti di negara Eropah, Jepun, Taiwan dan Hong Kong.

Beliau mendedahkan, bilangan rakyatnya yang mempunyai dokumen lengkap di Malaysia sebelum pandemik COVID-19 adalah 1.13 juta, sementara warganya tiada dokumen atau menjadi PATI di negara ini dianggarkan sekitar 1.5 juta orang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker