Dunia
Lebih 6.2 juta warga Indonesia balik kampung naik pesawat

Indonesia menyediakan 404 pesawat dengan kapasiti 9.9 juta tempat duduk untuk menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025.
Langkah ini bertujuan menampung peningkatan jumlah penumpang yang dijangka mencapai 6.2 juta orang, meningkat 12% berbanding sekitar 5.5 juta tahun sebelumnya.
Selain itu, kerajaan menawarkan diskaun tiket penerbangan antara 10% hingga 14% dan potongan 20% untuk tol lebuh raya bagi meringankan beban kos perjalanan rakyat.
Tempoh puncak bagi pelepasan penumpang dijangka pada 28 Mac, manakala tempoh puncak kepulangan dijangka pada 6 April.