Malaysia
MAG bakal terima 30 pesawat Boeing 737

Malaysia Aviation Group (MAG) mengumumkan tempahan 30 pesawat Boeing 737 bagi memperkukuh perkhidmatan Malaysia Airlines.
Ia terdiri daripada 18 unit model 737-8 dan 12 unit model 737-10 dan kesemua pesawat baharu itu dijangka diterima pada 2030.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia hab penerbangan utama di rantau ini.
Ujarnya, pelaburan ini akan meningkatkan kecekapan operasi, memperbaiki pengalaman penumpang, serta menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan perdagangan.
Selain itu, penambahan pesawat ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara melalui penciptaan peluang pekerjaan dan pemerkasaan industri penerbangan tempatan.