Dunia

Pesawat patah balik kerana juruterbang lupa bawa pasport

Penerbangan United Airlines UA 198 dari Los Angeles ke Shanghai terpaksa berpatah balik selepas salah seorang juruterbang tertinggal pasport.

Menurut CNN, pesawat berlepas sekitar jam 2 petang pada 22 Mac tetapi diarahkan mendarat di San Francisco pada jam 5 petang waktu tempatan.

United Airlines segera menggantikan kru dan memastikan penerbangan diteruskan pada malam yang sama.

Penumpang diberikan baucar makanan dan pampasan, sementara pesawat dengan kru baharu berlepas semula pada jam 9 malam, tiba di Shanghai enam jam lewat daripada jadual asal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker