Malaysia

Peniaga bazar ‘kantoi’ simpan makanan semalaman

Amalan menyimpan bahan jualan tanpa kawalan bukan sahaja tidak bersih, malah boleh menyebabkan keracunan makanan.

Sebuah gerai di Bazar Ramadan Stadium Cheras, Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dikesan menyimpan makanan seperti sosej, bebola ayam, dan ikan hanya dalam bakul rotan tanpa perlindungan sewajarnya.

Lebih mengejutkan, peniaga menggunakan plastik kanvas sebagai penutup makanan, dengan kerusi plastik sebagai pemberat bagi mengelakkannya diterbangkan angin.

Pendedahan itu dibuat menerusi video TikTok yang mendakwa amalan tersebut telah berlarutan sejak minggu lalu.

Video berdurasi 31 saat itu menarik perhatian ramai, termasuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang segera bertindak dengan melakukan serbuan di lokasi terbabit sekitar jam 12 tengah hari Selasa.

Kejadian itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, yang memuji tindakan pantas KKM dalam memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker