Malaysia

Penyelesaian isu kuil hasil kebijaksanaan, kemuliaan Islam – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan penyelesaian isu kuil bukan berpaksikan keangkuhan, tetapi kebijaksanaan, kekuatan, dan kemuliaan Islam.

Jelasnya, falah itu muncul apabila umat Islam boleh menunjukkan keperibadian yang baik, ihsan dan adil serta bukannya sikap bengis dan benci yang tidak pernah menjadi dasar yang didukungi umat Islam.

Anwar pada masa sama menegur segelintir kelompok masyarakat yang menggunakan pembinaan masjid ini untuk mengapi-apikan isu perkauman, di samping mengingatkan bahawa negara ini dibina dengan asas keamanan.

Disebabkan itu katanya, orang luar datang ke Malaysia untuk berniaga dan melabur kerana negara ini tertegaknya keamanan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Madani milik kumpulan Jakel di Jalan Bunus, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Masjid MADANI yang bakal dibina di Lot 328, Jalan Munshi Abdullah, dijangka siap dalam 24 bulan dan akan menjadi mercu tanda baharu syiar Islam di Kuala Lumpur.

Selain pusat ibadah, ia juga bakal berfungsi sebagai institusi pembangunan rohani, ruang seni dan budaya, perpustakaan, pusat interaksi masyarakat, termasuk bagi golongan bukan Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker