Uncategorized
Berang dilanggar dari belakang, pemandu bas cedera dipukul di Kluang

Seorang pemandu bas ekspres cedera selepas dipukul dua lelaki tempatan dalam kejadian kemalangan di Kilometer 58.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira jam 3 petang, 2 April lalu.
Kejadian menjadi tular di media sosial selepas rakaman video pergaduhan tersebar.
Menurut IPD Kluang, kejadian bermula apabila bas yang dipandu mangsa melanggar sebuah kereta dari arah belakang.
Berang dengan kejadian itu, dua lelaki dipercayai penumpang kereta terbabit bertindak menyerang pemandu bas tersebut.
Sehingga 3 April, polis menerima tiga laporan berhubung insiden tersebut dan siasatan kini giat dijalankan.
Polis pada masa sama masih mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.