BNM mungkin turunkan OPR akibat tarif timbal balik Trump

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% tahun ini bagi menangani risiko pertumbuhan ekonomi yang terjejas akibat tarif timbal balik baharu oleh Presiden AS, Donald Trump.
Menurut Kajian Pasaran dan Perbendaharaan CIMB, BNM mungkin memotong OPR pada Julai untuk menyokong permintaan dalam negeri, bergantung pada perkembangan rundingan perdagangan.
Jika kelembapan ekonomi AS lebih buruk daripada jangkaan atau permintaan luar semakin lemah, langkah ini mungkin diperlukan bagi mengekalkan momentum pertumbuhan Malaysia.
Trump sebelum ini mengumumkan tarif timbal balik ke atas import, dengan Malaysia dikenakan kadar 24%, China (34%), Kesatuan Eropah (20%), Thailand (36%), Vietnam (46%), Jepun (24%), Kemboja (49%), Afrika Selatan (30%), dan Taiwan (32%).