Kajang, Klang dilanda banjir kilat libatkan 23 mangsa

Dua kejadian banjir kilat berlaku serentak awal pagi tadi di Taman Sri Jaya, Klang dan Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, melibatkan keseluruhan 23 mangsa.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian di Klang membabitkan 10 buah rumah dengan lapan mangsa dipindahkan oleh BBP Kapar bersama bantuan BBP Sri Andalas.
Sementara itu, di Kajang, banjir setinggi empat kaki menjejaskan 12 rumah. Seramai 15 mangsa berjaya diselamatkan oleh BBP Dengkil.
Kedua-dua operasi berjalan lancar dengan pemantauan rapi komander operasi, manakala paras air dilaporkan semakin surut.
Berdasarkan portal info banjir menunjukkan lima stesen menunjukkan berada di paras bahaya iaitu Batu 12 Hulu Langat, Jenderam Hilir, Taman Sri Muda, Pekan Meru dan Tegu Kris, Klang setakat jam 7 hingga 7.15 pagi tadi.