Malaysia
Operasi KTM Lembah Klang terganggu akibat banjir kilat

Operasi KTM Komuter laluan Pelabuhan Klang–Tanjung Malim terganggu susulan banjir kilat antara Stesen Batu Tiga dan Subang Jaya pagi ini.
Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB, perkhidmatan dari Pelabuhan Klang hanya beroperasi sehingga Stesen Batu Tiga, manakala penumpang ke Subang Jaya akan dibawa menggunakan bas perantara.
Perkhidmatan tren diteruskan dari Subang Jaya ke Tanjung Malim. KTMB memohon maaf atas kesulitan dan akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.