Dunia
5 sekeluarga dari Sepanyol maut dalam nahas helikopter di New York

Kesemua penumpang helikopter yang terhempas di Sungai Hudson, New York pada Khamis dilaporkan meninggal dunia.
Ia melibatkan seorang juruterbang dan dan lima penumpang dipercayai merupakan satu keluarga dari Sepanyol.
Helikopter milik syarikat New York Helicopters itu berlepas pada 2.59 petang sebelum hilang kawalan dan terhempas ke dalam sungai berhampiran kawasan Lower Manhattan sekitar 3.15 petang waktu tempatan, kata pegawai berkuasa.
Empat daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berdekatan.