Ketagih gajet punca makin ramai wanita Kelantan cari lelaki untuk puaskan nafsu

Kes jenayah seksual melibatkan golongan muda di Kelantan yang dilaporkan terus meningkat jelas membimbangkan dan berada di luar kawalan.
Malah, yang menjadi lebih merisaukan apabila Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat sendiri mendedahkan bahawa gadis muda yang menyasarkan golongan lelaki untuk melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka.
Bagi Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, kemudahan telefon pintar menjadi antara punca utama kepada peningkatan kes sumbang mahram dan rogol di negeri itu.
Memetik laporan Sinar Harian, Nik Abdul Kadir turut menyatakan rasa kesal melihat ketagihan terhadap penggunaan telefon bimbit di mana-mana termasuk di masjid sebelum solat.
Untuk rekod, sebanyak 252 kes jenayah seksual melibatkan golongan muda telah direkodkan di Kelantan setakat tahun 2024, peningkatan sebanyak 22.3% berbanding tahun 2023.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud berkata usaha kerajaan negeri membanteras jenayah tersebut tidak berkesan jika ibu bapa tidak memainkan peranan dalam memantau anak-anak mereka.