Malaysia

Najib beri penghormatan terakhir buat Pak Lah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir ke atas Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada pagi Selasa.

Beliau yang dikatakan hadir selepas selesai prosiding perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlangsung di Mahkamah Tinggi tiba di Masjid Negara sekitar pukul 10.35 pagi.

Najib diercayai hadir menaiki kereta Proton X70 berwarna kelabu yang pada awalnya berhenti di lobi utama, namun, lima minit kemudian kenderaan berkenaan bergerak ke pintu belakang Masjid.

Pada jam 8.30 pagi ini, jenazah Allahyarham Abdullah dibawa ke Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker