Malaysia

Tikus jamah ayam kicap: Pemilik kedai mohon maaf, rayu PBT selesaikan masalah tikus

Pemilik restoran yang tular selepas dikaitkan dengan penemuan seekor tikus yang dirakam mendekati lauk yang dihidangkan di kaunter makanan akui kesal dengan insiden yang berlaku.

Azman Khan, pemilik restoran A&R Bistro yang terletak di Bandar Mahkota, Cheras dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan lari dan menerima segala teguran dan kritikan.

Susulan video tular berdurasi 20 saat itu, pihak Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan penutupan sementara restoran berkenaan.

Azman menjelaskan bahawa pihaknya menjalankan kawalan makhluk perosak dan kerja pembersihan secara berkala, namun lokasi restoran yang terletak berhampiran sistem perparitan dan pembetungan lama sering berdepan masalah tikus sejak sekian lama.

Untuk itu, dia merayu kepada pihak berkuasa tempatan agar tindakan serius diambil terhadap masalah tikus di kawasan sekitar, terutamanya melibatkan sistem perparitan dan longkang yang menjadi sarang utama haiwan perosak itu.

Restoran itu kini dalam proses pemulihan dan berharap dapat kembali beroperasi tidak lama lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker