Malaysia

Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara

Presiden China Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim berkenan menyambut ketibaan Xi pada 10.30 pagi yang mana turut diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.

Memetik laporan Bernama, istiadat sambutan di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara dan disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Selesai acara itu Xi kemudian disambut dengan persembahan tarian selamat datang oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara sebagai simbolik penghormatan atas kehadiran Presiden China itu di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mengadakan pertemuan bersama Xi serta delegasi China selain menyaksikan majlis persembahan cendera kenangan di Dewan Seri Maharaja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker