Malaysia

Tular Jalur Gemilang tanpa bulan sabit bersama bendera China, Sin Chew mohon maaf

Kecoh di setiap platform media sosial selepas akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap dengan ketiadaan bulan sabit di muka hadapan akhbarnya.

Pada Rabu, syarikat akhbar itu dalam kenyataan membuat permohonan maaf atas kesilapan tersebut dan berkata perkara itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan,

Mereka akui amat kesal dan kecewa dengan kesilapan tersebut dan memohon jutaan maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk itu, pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital. Ilustrasi yang dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula esok (hari ini) dalam versi cetak akhbar tersebut.

Pada Selasa, tular gambar muka hadapan akhbar Sin Chew Daily yang memaparkan Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera China sempena lawatan rasmi Presiden Xi Jinping.

Ia lebih menimbulkan kontroversi dan kemarahan orang ramai kerana logo bulan yang tidak dipaparkan itu merupakan simbol kepada Islam yang dijadikan sebagai agama rasmi negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker