Malaysia

KDN beri surat tunjuk sebab panggil Sin Chew Daily

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Sin Chew Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung penyiaran imej Jalur Gemilang tidak lengkap hari ini.

Siasatan dilaksanakan serta-merta di bawah peruntukan undang-undang sedia ada melibatkan penggunaan lambang negara dan penerbitan bahan bercetak.

KDN menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuai sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Menurut kenyataan itu, kecuaian menyiarkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit disifatkan sebagai serius kerana melibatkan lambang Islam sebagai agama Persekutuan

KDN juga memaklumkan sebarang tindakan lanjut terhadap akhbar berkenaan akan dipertimbangkan selepas siasatan selesai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker