Malaysia

RM27.4 bilion pelaburan suku pertama di Johor

Johor merekodkan pelaburan sebanyak RM27.4 bilion bagi suku pertama 2025, dipacu pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pelbagai inisiatif pelaburan negeri.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti kesungguhan semua pihak menjadikan Johor destinasi pelaburan utama rantau ini.

Baginda turut menekankan keutamaan terhadap pendidikan, dengan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55 juta untuk memperkukuh sistem pendidikan Johor.

Dalam pengurusan bencana, projek mitigasi banjir yang dijadualkan siap pada 2029 telah diarahkan dipercepatkan kepada 2027.

Tunku Mahkota Ismail turut menggariskan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur, ekonomi dan kualiti hidup rakyat sebagai tunjang kemajuan Johor.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker