Malaysia

Khairy menang saman fitnah vaksin, pendakwah diperintah bayar RM2.5 juta

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memenangi saman fitnah terhadap pendakwah bebas, Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq, berhubung dakwaan palsu berkaitan vaksin COVID-19.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat yang memerintahkan defendan membayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kepada Khairy serta kos perbicaraan berjumlah RM50,000.

Saman itu difailkan Khairy pada tahun 2022 selepas mendakwa Mohd. Rasyiq menyebarkan kenyataan berbaur fitnah di media sosial, yang menuduh beliau mengelirukan orang ramai berhubung status vaksinasinya.

Menurut peguam mewakili Khairy, kenyataan yang disebarkan bukan sahaja menyasarkan Khairy secara langsung dengan menyebut nama dan akaun media sosialnya, malah turut bertujuan memperlekehkan peranannya dalam mengendalikan program vaksinasi negara ketika pandemik.

Tambahnya lagi, Mohd. Rasyiq tidak menunjukkan rasa kesal malah memberikan respons sinis selepas menerima dokumen mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker