Malaysia

CEO Pos Malaysia mohon maaf atas kenyataan sinis isu pakaian seragam koyak

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Charles Brewer, tampil memohon maaf kepada seorang posmen selepas kenyataannya yang dianggap sinis mengenai pakaian seragam koyak milik petugas itu tular di media sosial.

Insiden bermula apabila posmen berkenaan bertanya di platform dalaman syarikat mengenai status pakaian seragam baharu kerana uniform yang dipakai kini sudah lusuh dan turut ditegur oleh pelanggan. Namun, jawapan Brewer yang menyamakan situasi itu dengan syarikat kurier asing yang langsung tidak menyediakan pakaian seragam telah mengundang kemarahan warga maya selepas ia dikongsi semula oleh posmen tersebut di media sosial.

Pos Malaysia memaklumkan bahawa Brewer telah memohon maaf secara terbuka dan mengakui bahawa beliau sepatutnya memberikan jawapan yang lebih empati, menurut Bernama.

“Beliau bertekad untuk membina budaya kerja yang saling menghormati dan menyokong semua warga Pos Malaysia,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Pos Malaysia turut memaklumkan bahawa isu tersebut telah diselesaikan secara baik dan pihak pengurusan akan memastikan semua kakitangan dapat menjalankan tugas dalam keadaan yang selesa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker