Malaysia

Hampir reput, mayat warga emas ditemukan dalam sungai

Mayat lelaki warga emas hampir reput ditemukan dalam sungai berhampiran Bazar Sungai Haji Dorani, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan jam 7.30 pagi.

Hasil siasatan dijalankan polis mengenal pasti identiti mayat terbabit iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun yang mengalami masalah gangguan mental.

Md Yusof berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah serta mayat mengalami proses pereputan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker