Dunia

Wanita bunuh ular tedung selar selepas dipatuk, bawa bangkai ke hospital

Secara logiknya, seseorang yang dipatuk ular tedung selar kebiasaannya akan berdepan risiko kematian ataupun lari dalam keadaan panik demi menyelamatkan nyawa.

Namun berbeza kisahnya dengan seorang wanita di Thailand yang bertindak dengan melawan dan membunuh ular tedung selar sepanjang empat meter dengan hanya menggunakan tangan.

Meskipun telah dipatuk ketika dia sedang memetik cendawan berhampiran sebuah empangan di daerah Watthana Nakhon, istilah panik tiada dalam kamus hidupnya.

Supin Wanphen, 47, menggenggam leher haiwan berbisa itu lalu menghempasnya ke tanah lalu memijaknya sehingga mati.

Dia kemudian membawa bangkai ular tedung itu ke hospital sebagai bukti dirinya telah dipatuk ular dan perlu segera mendapatkan rawatan kecemasan.

Ramai yang memuji keberaniannya itu dengan membunuh ular yang mungkin merisikokan nyawanya sambil menyifatkan dia sebagai wanita yang luar biasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker