Foodpanda hentikan operasi selepas rugi 13 tahun berturut-turut

Foodpanda akan menamatkan perkhidmatannya di Thailand pada 23 Mei, menurut pengumuman rasmi syarikat induknya, Delivery Hero.
Walaupun pernah menjadi antara aplikasi popular dalam penghantaran makanan dan barangan runcit, Foodpanda gagal mencatatkan keuntungan sepanjang 13 tahun beroperasi di negara itu.
Menurut data dari Creden Data, syarikat mencatat pendapatan sebanyak 3.84 bilion baht pada 2023, namun masih rugi 522 juta baht.
Secara keseluruhan, kerugian terkumpul dari 2019 hingga 2023 mencecah 13.36 bilion baht (kira-kira RM1.7 bilion).
Persaingan sengit dalam pasaran Thailand turut menjadi punca utama kegagalan apa Foodpanda hanya menguasai kurang 15% pasaran, jauh ketinggalan di belakang Lineman Wongnai (44%) dan GrabFood (39.4%).
Delivery Hero dalam kenyataan berkata, operasi pasukan serantau mereka di Thailand termasuk pemasaran dan sumber manusia untuk Asia Pasifik akan diteruskan seperti biasa.