Teknologi

Google mampu jimatkan 122 jam setahun dalam siapkan urusan kerja

Ekonomi Britain berpotensi meraih keuntungan sehingga 400 bilion pound (kira-kira RM2.5 trilion) hasil pertumbuhan berasaskan kecerdasan buatan (AI) sekiranya tenaga kerja negara itu dilatih untuk memanfaatkan teknologi tersebut, menurut laporan Google.

Memetik laporan Reuters, syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat itu mendapati, pekerja boleh menjimatkan purata 122 jam setahun sekiranya AI digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas pentadbiran.

Google berkata, langkah mudah seperti memberi kebenaran kepada pekerja untuk menggunakan AI dan melengkapkan mereka dengan latihan asas selama beberapa jam sudah cukup untuk menggandakan kadar penggunaan teknologi itu seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi.

Menurut analisis firma Public First, rakan kerjasama Google dalam projek tersebut, dua pertiga pekerja khususnya wanita berusia dari latar sosioekonomi rendah tidak pernah menggunakan AI generatif dalam pekerjaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker