Dunia

Anak Tommy Thomas cabar PM Australia dalam pilihan raya

Anak perempuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, Hannah Thomas bakal mencabar Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam Pilihan Raya Persekutuan negara itu.

Beliau meletakkan diri sebagai calon Parti The Greens bagi kawasan Grayndler, iaitu bahagian pilihan raya dalam Dewan Perwakilan Australia, terletak di wilayah Inner West, Sydney, New South Wales.

Hannah yang juga merupakan seorang peguam, aktivis dan penyokong perubahan progresif, percaya kepada perjuangan menentang pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

Selain itu, beliau mahu menyelesaikan krisis perumahan dan kos sara hidup selain menyokong hak pelarian di negara itu.

Hannah berkata, dia mendapat inspirasi daripada aktivisme golongan muda, potensi kerajaan minoriti dan solidariti global dalam kalangan pekerja serta komuniti yang terpinggir.

Bukan setakat itu, Hannah juga merupakan calon termuda yang menentang Perdana Menteri Australia.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker