Google belanja lebih RM39 juta demi keselamatan peribadi CEO

Google membelanjakan sebanyak AS$8.27 juta (kira-kira RM39.5 juta) bagi perbelanjaan keselamatan peribadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sundar Pichai sepanjang tahun 2024.
Memetik laporan CNBC, jumlah itu meningkat hampir 22% berbanding AS$6.78 juta pada 2023, berikutan jadual padat Pichai sepanjang tahun lalu.
Menurut kenyataan dalam dokumen tersebut, perbelanjaan keselamatan itu meliputi kawalan keselamatan di kediaman, khidmat pemantauan keselamatan, perkhidmatan pemandu, serta perlindungan peribadi semasa setiap perjalanan.
Alphabet, syarikat induk Google, menjelaskan langkah itu dianggap wajar dan perlu kerana ia membantu mengurangkan risiko terhadap perniagaan dan para pemegang saham mereka.
Sepanjang 2024, Pichai kerap melakukan perjalanan bertemu pemimpin dunia untuk berbincang tentang perkembangan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI).