Israel sengaja biarkan Palestin kebulur, lebih 52,000 nyawa kini terkorban

Afrika Selatan menuduh Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata terhadap rakyat Palestin, melanggar undang-undang antarabangsa dan menimbulkan keadaan genosid.
Wakilnya, Jaymion Hendricks, berkata Israel sengaja mengawal bantuan makanan dan perubatan, menyebabkan penderitaan yang disengajakan ke atas penduduk di bawah pendudukan haram.
Dalam hujahnya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Hendricks menegaskan bahawa Israel wajib bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membenarkan penyaluran bantuan kemanusiaan serta pembangunan ke wilayah Palestin.
Beliau juga meminta negara ketiga agar tidak mengiktiraf tindakan Israel dan menghentikan penyaluran senjata ke negara itu.
Sejak serangan Israel ke atas Gaza dilancarkan semula pada 18 Mac lalu, lebih 52,300 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 14,784 pelajar terbunuh manakala 24,766 lagi cedera sejak serangan Israel bermula pada 7 Oktober 2023.