Uncategorized
Iphone dijual di AS bukan lagi dari China, tapi India

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, menganggarkan kos tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas import dari kilang iPhone di China boleh mencecah AS$900 juta (kira-kira RM4.27 bilion).
Menurut Cook dalam satu panggilan bersama penganalisis sempena pengumuman pendapatan syarikat pada Khamis.
Jelasnya, jika tiada perubahan pada polisi semasa untuk baki suku tahun ini, pihaknya menjangkakan impak tarif akan meningkatkan kos sebanyak AS$900 juta.
Cook turut menjangkakan majoriti iPhone yang dijual di Amerika Syarikat selepas ini akan dihasilkan di India.
Beliau menegaskan buat masa ini, produk Apple masih dikecualikan daripada tarif timbal balik paling membebankan yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.