Malaysia

Penjara Alcatraz bakal dibuka semula untuk penjenayah

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan arahan untuk membuka semula Penjara Alcatraz bagi menempatkan penjenayah paling ganas di negara itu.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata langkah itu sebagai simbol ketegasan terhadap undang-undang dan keselamatan awam.

Alcatraz, penjara keselamatan maksimum di Teluk San Francisco, pernah digunakan antara 1934 hingga 1963 untuk menahan penjenayah berbahaya seperti Al Capone dan “Machine Gun” Kelly.

Penjara itu telah menempatkan sejumlah 1,576 banduan sejak ia mula dibuka pada 1934 dan ia kini berstatus muzium dengan lebih sejuta pelawat diterima setiap tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker