Anak Malaysia salah seorang VFX filem Marvel, Thunderbolts

Belum puas rakyat Malaysia berbangga dengan melihat betapa gahnya menara kedua tertinggi dunia, Merdeka 118 menerusi filem adiwira terbaharu dari Marvel Studios, Thunderbolts.
Ditambah lagi dengan berita yang menjadi kebanggaan orang Malaysia apabila anak kelahiran negara ini menjadi salah seorang yang terlibat dalam penghasilan filem terbaharu berkenaan.
Pakar kesan visual (VFX) dari Malaysia, Kevin Pinga mengakui rasa bangga apabila sekali lagi diberi kepercayaan oleh Marvel Studios untuk terlibat dalam penghasilan filem Thunderbolts.
Kevin merupakan antara 30 tenaga pakar VFX dari seluruh dunia yang dipilih untuk menghasilkan elemen visual bagi filem berkenaan dan
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, beliau menyeru orang ramai agar mengambil peluang dengan menonton filem Thunderbolts kerana Malaysia kelihatan begitu cantik dalam sinematografi filem itu.
Beliau turut mendedahkan bahawa ia merupakan peluang besar untuknya dan mengakui Thunderbolts antara filem Marvel yang lebih baik dalam beberapa tahun kebelakangan.