Malaysia

Anwar minta KPT selaras pengajian berkaitan AI di semua universiti

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta supaya menyelaraskan pengajian berkaitan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) di semua universiti seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya melihat penguasaan AI dalam kalangan pelajar adalah bersifat kritikal sepertimana zaman revolusi industri yang memerlukan mesin dan komputer, apatah lagi negara kini mengalami kekurangan tenaga kerja jurutera.

Beliau berkata, kekuatan dalam aspek pengembangan bidang AI di negara ini boleh diperoleh sama ada dari universiti awam mahupun swasta.

Ujarnya, satu perubahan yang berlaku ketika ini adalah kesediaan negara untuk memilih dan mendapat sumbangan itu adalah tidak terikat kepada university awam sahaja.

Sebaliknya, jika ada keupayaan Istimewa, sama ada swasta atau awam, kerjasama itu harus dirangkul dalam satu kekuatan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker