Malaysia

BYD terbrek secara tiba-tiba di lorong kanan akibat sistem kuasa gagal berfungsi

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik sepenuhnya yang dibeli 10 bulan lalu tiba-tiba membrek sendiri ketika dipandu sekitar 90 hingga 100 km/j di Lebuhraya Cheras-Kajang, 1 Mei lalu.

Kenderaan yang dipandu di lorong kanan itu berhenti secara mengejut tanpa sebarang amaran, dengan sistem hanya memaparkan mesej “Power System Failure” dan keempat-empat tayar terkunci sepenuhnya.

Pemandu kenderaan sempat menghubungi pihak lebuh raya dan menerima bantuan dalam tempoh 10 minit, namun cubaan mematikan dan menghidupkan semula sistem tidak berjaya.

Kenderaan turut gagal ditolak walaupun gear telah ditukar ke mod neutral kerana tayar kekal terkunci.

Kenderaan itu kemudian ditunda ke pusat servis, namun pemilik kecewa apabila terpaksa menunggu lama dan diberitahu bahawa tiada temu janji tersedia.

Pemeriksaan mendapati bateri 12volt mengalami kerosakan dan perlu ditukar, namun kos penggantian sebanyak RM418 tidak dilindungi waranti kerana jarak perbatuan melebihi 20,000 km.

Lebih membimbangkan, sistem EV berkenaan tidak mempunyai sebarang amaran awal bagi masalah bateri kecil ini, menyebabkan kenderaan berhenti sendiri secara tiba-tiba.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker