Malaysia

Faisal Halim akui kecewa tiada tindakan lanjut kes disimbah asid

Siasatan terhadap insiden serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, pada Mei 2024 telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan keputusan tersebut melalui sepucuk surat bertarikh 18 Februari 2025.

Surat berkenaan menyatakan bahawa polis tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk yang boleh mengaitkan mana-mana individu sebagai suspek dalam kes ini.

Peguam Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha, berkata segala usaha siasatan yang dijalankan tidak membuahkan hasil.

Faisal Halim meluahkan rasa kecewa terhadap hasil siasatan tersebut yang mana pihak peguam kini sedang berbincang dengan Faisal untuk menentukan langkah susulan.

Pada 5 Mei tahun lepas, Faisal, pemain sayap Selangor FC, melecur tahap empat akibat serangan asid dan menjalani empat pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialaminya.

Sepanjang siasatan, polis telah merekodkan kenyataan daripada 23 individu dan menahan tiga suspek namun, tiada bukti yang dapat dikaitkan dengan serangan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker