Dunia

Pecah rekod! Whoosh catat 25,000 penumpang sehari

Kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung, Whoosh, mencatat rekod baharu dengan membawa 25,316 penumpang pada Sabtu lalu iaitu jumlah tertinggi sejak ia mula beroperasi pada Oktober 2023.

Menurut PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), angka itu mengatasi rekod terdahulu iaitu 24,350 penumpang pada 27 Januari 2025.

Kata Pengurus Besar Sekretariat Korporat KCIC, Eva Chairunisa, pencapaian ini bukti Whoosh semakin menjadi pilihan rakyat sebagai pengangkutan awam yang pantas dan selesa.

Lonjakan penumpang bermula sejak Jumaat lalu, sempena cuti panjang Hari Wesak. Ramai menggunakan Whoosh untuk ke destinasi seperti Bandung, Jakarta dan Karawang.

Sehingga kini, Whoosh telah mengangkut 9.2 juta penumpang. Sebanyak 62 perjalanan dilakukan setiap hari, dengan tren beroperasi setiap 30 minit dari Jakarta ke Bandung, manakala ke Karawang setiap jam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker