Malaysia

Afdlin kurang senang digelar “pelawak profesional” oleh Rafizi

Ketua Cabang KEADILAN Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki menyatakan rasa kurang senang terhadap kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang merujuknya sebagai “pelawak profesional” ketika mengulas kemenangan beliau dalam pemilihan parti.

Afdlin berkata, walaupun kenyataan itu mungkin bersifat berseloroh, ia tetap membawa kesan apabila dilihat seolah-olah mempertikai kelayakan dan mandat yang diberikan oleh akar umbi.

Katanya, beliau tidak malu dengan gelaran pelawak. Tetapi apabila ia digunakan untuk mempertikai mandat kepimpinan, ia jadi satu penghinaan terhadap suara ahli.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau menyertai perjuangan ketika parti berada dalam keadaan sukar selepas Langkah Sheraton, bukan ketika ia berada di puncak kuasa.

Tambahnya, bukan kemenangan peribadi. Seluruh pasukan saya di Setiawangsa turut dipilih oleh ahli. Mereka hadir untuk membawa nafas baharu.

Afdlin juga menekankan bahawa seni dan politik boleh bergerak seiring, dan KEADILAN seharusnya menjadi medan perjuangan yang inklusif kepada semua latar belakang.

Tegas Afdlin, beliau terbuka untuk berdialog, termasuk dengan Rafizi serta tidak akan berdiam diri bila suara akar umbi dipinggirkan hanya kerana bukan dari ‘kilang politik’ yang sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker