Indonesia usul naikkan gaji guru RM1,800 kepada sekitar RM6,500 sebulan

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, mencadangkan agar gaji guru dinaikkan kepada 25 juta rupiah (sekitar RM6,500) sebulan berbanding purata gaji semasa sekitar 7 juta rupiah (RM1,800) bagi guru berstatus penjawat awam.
Menurut beliau, peningkatan ketara dalam gaji guru adalah langkah penting untuk menarik minat terhadap profesion tersebut dan memperkukuh sistem pendidikan negara.
Beliau menegaskan bahawa peningkatan kualiti pendidikan tidak boleh dicapai tanpa menambah baik kebajikan para pendidik.
Tambahnya, guru yang dihargai dengan gaji yang setimpal akan lebih bersemangat dan komited dalam mendidik generasi masa depan.
Saranan ini turut selari dengan dapatan laporan UNESCO Global Education Monitoring 2023, yang menunjukkan bahawa negara-negara dengan sistem pendidikan terbaik seperti Finland dan Korea Selatan menawarkan gaji guru setara dengan profesional lain serta menyediakan latihan berterusan.
Di Indonesia ketika ini, gaji guru ASN (penjawat awam) golongan III hanya sekitar 4 juta rupiah hingga 7 juta rupiah (RM1,100 – RM1,800) sebulan, manakala guru kontrak menerima lebih rendah daripada itu.