Malaysia

Parti PKR tidak boleh dipecahkan mengikut kaum – Ramanan

Calon Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan menegaskan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada politik perkauman meskipun beliau sendiri bersetuju setiap pemimpin tentunya akan lebih cenderung memperjuangkan isu komuniti masing-masing.

Katanya, itu tidak bermakna perjuangan seseorang pemimpin itu harus terhad kepada satu kaum sahaja dan sebagai ahli parti, haruslah mewakili semua masyarakat.

Tegas Ramanan, beliau tidak akan sesekali tunduk pada politik kaum. PKR ialah rumah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak akan membiarkan perbezaan bangsa dan agama memecah-belahkan parti.

Beliau berkata matlamat utamanya bertanding ialah untuk membawa suara akar umbi ke peringkat kepimpinan tertinggi parti, sambil meneruskan tanggungjawab nasional yang diberikan oleh Perdana Menteri, khususnya dalam program pembangunan komuniti India.

Ramanan mengakui memang beri tumpuan kepada isu komuniti India kerana itu tanggungjawab di peringkat kerajaan namun itu tidak bermakna dirinya hanya mewakili satu bangsa.

Ramanan percaya kekuatannya dalam perebutan jawatan ini terletak pada keakrabannya dengan rakyat, keprihatinan terhadap masalah harian mereka serta komitmen terhadap tindakan nyata.

Seramai 12 calon yang akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR pada kali ini termasuk Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Seri Amirudin Shari, Datuk Seri Aminuddin Harun, Datuk Seri R. Ramanan, Sim Tze Tzin, R. Yuneswaran, Dr Sathia Prakash Nadarajan, Abun Sui Anyit, Hee Loy Sian, Mustaffa Kamil Ayub dan Manivanan Gowin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker