Malaysia

“Lori kerap pandu laju kejar trip” – Penduduk akui laluan nahas FRU berbahaya

Keadaan jalan sempit tanpa lampu isyarat dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan maut yang sering berlaku di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Sungai Lampam Kanan, Mohammed Nadzri Mat Taib berkata, risiko bertambah apabila lori membawa pasir dan batu kerap menggunakan laluan tersebut dengan memandu laju.

Katanya, kawasan berkenaan mempunyai banyak kemudahan seperti tadika, gerai makanan, lorong kampung dan berhampiran tali air, menyebabkan laluan menjadi bersimpang-siur.

Penduduk juga kerap keluar masuk secara mengejut untuk ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Difahamkan, lori-lori yang melalui jalan itu terlibat dengan projek perumahan berhampiran dan memandu laju kerana mengejar trip ke tapak pembinaan.

Menurutnya, pihak JPJ pernah melakukan rondaan dan penguatkuasaan, namun pelaksanaannya secara berkala tidak memberi kesan terhadap pemandu lori.

Dalam kejadian pagi Selasa, sembilan anggota FRU maut selepas trak yang dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu kerikil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker