Mangkuk tandas meletup akibat pengumpulan gas, lelaki melecur 35%

Satu kejadian mengerikan berlaku di Wilayah Ibu Negara India apabila seorang remaja mengalami kecederaan serius selepas mangkuk tandas di rumahnya meletup secara tiba-tiba ketika dia sedang membuang air.
Mangsa, Ashu, mengalami 35% kesan melecur di muka dan badan, menurut bapanya, Sunil Pradhan dan sedang menerima rawatan lanjut di Institut Perubatan Kerajaan (GIMS) di Greater Noida, Uttar Pradesh.
Menurut laporan Times of India, ketika kejadian, Ashu tidak menggunakan sebarang telefon atau alat elektronik, sekaligus menolak andaian letupan berpunca daripada gajet.
Punca letupan dipercayai akibat gas metana yang terkumpul di dalam mangkuk tandas yang mana kemungkinan besar disebabkan oleh saluran tersumbat.
Penduduk tempatan menyatakan bahawa paip di kawasan itu sudah lama tidak diselenggara dan saluran tersumbat boleh menyebabkan gas berkumpul lalu meletup.
Seorang pakar kimia turut mengesahkan bahawa gas metana memang boleh terbentuk di saluran pembetungan, terutama jika sistem pengudaraan lemah dan saliran tidak lancar.