Dunia

Kanak-kanak lelaki kritikal akibat dibakar rakan hidup-hidup

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun kini dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dibakar oleh empat rakan sebayanya dalam kejadian yang berlaku di Situbondo, Jawa Timur, pada Isnin lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai AQ mengalami luka melecur serius di seluruh badan, dan kini sedang dirawat secara intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital RSUD Abdoer Rahem Situbondo.

Siasatan kini dijalankan oleh Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA), melibatkan kes penderaan berat terhadap kanak-kanak di bawah umur.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa disimbah cecair alkohol oleh empat rakannya dan kemudiannya dibakar dan mangsa menjerit kesakitan akibat api yang merebak ke seluruh badannya.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa keluar untuk membeli makanan dan didatangi kumpulan rakan tersebut yang kemudiannya bertindak kejam menyimbah bahan mudah terbakar ke tubuhnya dan menyalakan api.

Keempat-empat suspek yang berumur antara 10 hingga 12 tahun telah dipanggil bersama ibu bapa masing-masing untuk proses siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker