Malaysia

Undang-undang jalan raya sedia ada mencukupi – Zahid Hamidi

Penguatkuasaan undang-undang sedia ada mencukupi untuk mengenakan tindakan terhadap syarikat pemilik lori muatan batu kerikil yang terlibat dalam nahas trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya, selain siasatan ke atas pemandu, syarikat berkenaan boleh disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 melalui Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemandu dikenakan reman selama empat hari itu perintah daripada mahkamah. Siasatan dilakukan oleh pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Dan juga oleh pihak JPJ untuk tuan punya syarikat atau tuan punya lori itu siasatan akan dilakukan melalui Puspakom.

Selasa lalu, sembilan anggota FRU maut dan lapan cedera dalam nahas jalan raya membabitkan trak FRU dan lori muatan batu kerikil di simpang tiga Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan, Perak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker