Untung RM9.2 bilion, kakitangan Singapore Airlines dapat bonus 7.45 bulan gaji

Singapore Airlines (SIA) mencatat keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat iaitu sebanyak S$2.78 bilion (RM9.2 bilion) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
Gabungan dengan syarikat penerbangan milik 49 peratusnya itu menyumbang kira-kira S$1.1 bilion, menjadikan tahun ini paling menguntungkan buat syarikat nasional Singapura tersebut.
Sebagai penghargaan kepada usaha gigih kakitangannya, SIA mengumumkan pemberian bonus 7.45 bulan gaji kepada semua pekerja, menurut laporan The Business Times.
Bagaimanapun, keuntungan operasi SIA menurun 37% kepada S$1.71 bilion, berikutan persaingan harga yang sengit meskipun permintaan kekal kukuh.
Tambang penumpang turut merosot 5.5%, manakala margin keuntungan ditekan oleh kenaikan kos bahan api serta perbelanjaan operasi.
SIA juga memberi amaran bahawa tarif perdagangan Amerika Syarikat boleh melemahkan pasaran penumpang dan kargo secara global, terutamanya antara China dan AS.