769 PATI warga Filipina ditahan di Sabah, dihantar pulang

Seramai 769 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina telah dihantar pulang melalui program pemindahan tahanan asing ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah).
Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua PATI yang dihantar pulang semalam itu membabitkan bayi, kanak-kanak dan dewasa berusia antara tiga hingga 70 tahun yang sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Papar, Sandakan dan Tawau.
Katanya, kesemua tahanan PATI dipindahkan melalui Pelabuhan Sandakan menuju ke Zamboanga City, Filipina, menggunakan pengangkutan laut feri MV ANTONIA 1.
Kesemua tahanan PATI terdiri daripada (438) orang lelaki dewasa, (140) orang perempuan dewasa, (98) orang kanak-kanak lelaki dan (93) orang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan 3 bulan sehingga 73 tahun.
Sehingga ke hari ini, seramai 4,762 orang warganegara Filipina telah kembali ke negara asal dan menyumbang kepada jumlah keseluruhan PATI di bawah program pemindahan tahanan asing ke negara asal dari Sabah sahaja, iaitu seramai 5,620 orang.