Malaysia

Ribut kencang di Ipoh; bumbung rumah terbang, 4 cedera

Ipoh, 18 Mei —

Ribut kencang disertai hujan lebat yang melanda Ipoh, Perak semalam telah menerbangkan bumbung beberapa buah rumah.

Bumbung sebuah rumah kosong di Jalan St. John yang digunakan sebagai bengkel membaiki kenderaan turut runtuh.

Ketika itu, empat individu yang berteduh di situ daripada hujan cedera akibat ditimpa runtuhan bumbung.

Mangsa yang terperangkap di bawah bumbung diselamatkan oleh orang awam.

Tiga lelaki mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi patah tangan.

Pasukan bomba yang menerima maklumat segera tiba di lokasi dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap.

Sementara itu, 10 rumah di Gugusan Manjoi turut terjejas akibat ribut tersebut.

Dua bumbung rumah diterbangkan angin, manakala beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan jalan raya.

Namun begitu, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Turut dilaporkan, lapan buah rumah di Lebuh Rajawali mengalami kerosakan akibat ribut berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker