Proton eMas 5 versi China model EV paling laris

Geely Geome Xingyuan atau dikenali sebagai Geely Star Wish merupakan kenderaan paling laris di China untuk suku keempat 2025 dalam segmen sedan/hatchback.
Untuk bulan April sahaja sebanyak 36,119 unit Xingyuan telah terjual di China, manakala untuk empat bulan pertama tahun ini jualan bagi model berkenaan telah mencapai 125,334 unit.
Saingan terdekat bagi model ini adalah BYD Seagull, di mana ia telah terjual sebanyak 34,005 unit sepanjang April, dan kini mencecah 113,099 unit untuk jualan dari Januari hingga April 2025.
Produk laris yang didatangi jarak gerak kitaran CLTC sejauh 310 km bakal menjadi model Proton eMas 5 yang dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku keempat tahun ini.
Unit prototaipnya sudah didedahkan dengan pelekat penyamaran, menyaksikan ia menerima rupa luaran yang sama seperti Xingyuan dengan anggaran harga di bawah RM100,000.